CLOSE

/ /

3 Jenama Tudung Budak di Malaysia

Nov 29,2023 | Farah

Rasa macam nak “throwback” je zaman childhood dulu. Setiap kali pergi mengaji je mesti pinjam tudung mak. Paling kelakar, ada yang sampai pakai kain napkin. Sarung dan selimpang je gitu. Yela, zaman kita dulu tak ada lagi tudung khas untuk kanak-kanak. Sekarang ni zaman dah berubah. Sedar tak sedar, peredaran fesyen dah mula berkembang pesat.

Fyi, banyak juga brand yang buat tudung stylish yang sangat “eye-catchy” untuk menarik minat kanak-kanak. Best kan? Okay, jom kita tengok antara Top Brand tudung kanak-kanak yang ada di Malaysia!

1. Himayya

Himayya merupakan salah satu brand yang fokus kepada tudung sekolah kanak-kanak. Produk yang paling best-selling sekali ialah tudung sekolah. Ingat tudung sekolah, ingat Himayya. Menjadi pilihan para ibu setiap kali nak masuk musim sekolah. Bukan setakat tudung sahaja, Himayya juga ada menjual inner budak, tudung sarung dewasa, telekung dewasa dan banyak lagi.

2. Gerpi Kids


 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tudung Budak Stylish (@gerpikids)


Anak-anak selalu hilang inner bila nak pakai tudung? Jangan risau! Gerpi Kids sedia membantu. Shawl Dewi Kids merupakan tudung instant kanak-kanak yang dijahit bersama dengan inner. Sesuai dengan tagline “Kids First Hijab” mendorong kanak-kanak untuk mula berhijab pada usia muda. Bak kata pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mudah digayakan, selesa dipakai.

Kini, Gerpi Kids mempunyai 3 koleksi tudung iaitu shawl instant, shawl curve dan shawl printed. Anda boleh dapatkan di platform Shopee, Lazada, Tiktok Shop dan Website.

3. Tudung Si Comel

Tudung Si Comel telah berkecimpung sejak tahun 2012 dalam menghasilkan tudung kanak-kanak. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan tudung sekolah yang selesa. Mendapat feedback yang positif dari pengguna kerana materialnya yang selesa dan patuh syariah.

Comment

Name
Email
Comment